JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih

JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih

JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih
STATUS juara Piala Sumbangsih kekal menjadi milik JDT selepas MFL membatalkan perlawanan malam esok dan memberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 termasuk tiga mata kepada JDT.

SHAH ALAM – Piala Sumbangsih 2024 akan terus kekal di bumi Johor apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan kemenangan ‘walkover’ kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 3-0.

Keputusan itu bermakna Harimau Selatan turut diberikan tiga mata bagi perlawanan pertama Liga Super, namun tiada sebarang keputusan lanjut dibuat termasuk hal berkaitan hukuman kepada Selangor.

“Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.



“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan MFL hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi


Sebelum ini, MFL membuat keputusan untuk kekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC untuk menunda perlawanan kerana sudah pun mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.



Daripada makluman MFL, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

Bagaimanapun, lewat malam tadi, Red Giants dengan berat hati membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab itu nantikan.

Selangor berpendapat keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid. – KOSMO! ONLINE

JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button