MAHU DIKENALI PENGIRAN ADAM – SERAH JODOH PADA ALLAH SELEPAS 6 TAHUN MENDUDA
MAHU DIKENALI PENGIRAN ADAM – SERAH JODOH PADA ALLAH SELEPAS 6 TAHUN MENDUDA
Penyanyi Adam AF2 yang sudah enam tahun bergelar duda itu mengakui dia tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup.
Adam, 38, yang kini mahu dikenali sebagai Pengiran Adam itu sudah bersedia untuk bergelar suami dan menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Allah SWT.
“Tak ada istilah serik, kalau ada jodoh esok pun saya boleh kahwin. Tapi tengoklah dari 2016 saya masih duda sampai sekarang masih tengah mencari. Memang tak ada serik, jodoh ajal maut di tangan Allah,” katanya.
Ujar Adam, dia pernah berkenalan dengan seorang wanita namun cinta tersebut putus di tengah jalan: “Sebelum ini saya ada berkawan dengan orang lain yang saya berkenan… tapi tak jadi. Ada yang saya minat tapi dia pula tak minat dengan saya, nak buat macam mana kena jujur je la,” jelasnya.
Sementara itu, ditanya pula hubungan terkini dengan bekas isteri iaitu Fiza Halim, Adam berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik.
“Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.
“Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas tentang nama Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni.
“Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya” ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: MENGAPA RAUF MENJADI CALON PILIHAN DI TG BIDARA DAN BUKAN MAS ERMIEYATI?
- BELUM DAPAT MANDAT SUDAH BERANI CEMARKAN SURAU!!!
- PRN MELAKA: PENJELASAN TERHADAP FITNAH KELAB CHE DET KE ATAS LAWATAN BOSSKU DI PANTAI SIRING
Untuk rekod, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.
Namun rujuk pada tahun yang sama dan kemudiannya Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka pada 21 September lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
MAHU DIKENALI PENGIRAN ADAM – SERAH JODOH PADA ALLAH SELEPAS 6 TAHUN MENDUDA
Disyorkan Untuk Anda :
- “Saya yakin kemenangan kepada BN” – Latipah Omar
- Kesetiaan Rauf kualiti terbaik untuk Melaka – Shahaniza
- PRN MELAKA: PH TUKAR PERKATAAN MANIFESTO KEPADA PELAN TINDAKAN, KENAPA YER…
- PRN MELAKA: ADLY ZAHARI RASUAH PENGUNDI BUKIT KATIL DENGAN IKAN DAN TIMUN?
Lawati Laman Facebook kami