PEMILIK SUARA NOBITA SELAMA 26 TAHUN, YOSHIKO OTA MENINGGAL DUNIA
PEMILIK SUARA NOBITA SELAMA 26 TAHUN, YOSHIKO OTA MENINGGAL DUNIA
Yoshiko Ota yang merupakan pemilik suara bagi watak Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 89 tahun.
Menurut laporan TodayOnline, Yoshiko menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kanagawa, Jepun pada 29 Oktober lalu. Bagaimanapun, berita kematiannya itu hanya diumumkan oleh The Theater Echo Company pada Selasa lalu.
Yoshiko menggalas tanggungjawab membawakan suara Nobita sejak tahun 1979 hingga 2005. Bukan sahaja dalam animasi Doraemon, suara Yoshiko juga pernah digunakan dalam animasi Jungle Emperor Leo membawa watak Leo pada 1966.
Suara Yoshiko turut digunakan di Hollywood sebagai Mary dalam Peter Pan dan watak Vixey dalam The Fox and the Hound. Atas bakatnya itu, dia pernah menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2016 di Tokyo Anime Award Festival.
Yoshiko dilahirkan di pada 25 April 1932 di Hyogo dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon alih suara Osamu Saka. Osamu pula terjun dalam bidang animasi sejak tahun 1947 di bawah pengurusan Takarazuka Revue.
PEMILIK SUARA NOBITA SELAMA 26 TAHUN, YOSHIKO OTA MENINGGAL DUNIA
Disyorkan Untuk Anda :
- “Saya yakin kemenangan kepada BN” – Latipah Omar
- Kesetiaan Rauf kualiti terbaik untuk Melaka – Shahaniza
- PRN MELAKA: PH TUKAR PERKATAAN MANIFESTO KEPADA PELAN TINDAKAN, KENAPA YER…
- PRN MELAKA: ADLY ZAHARI RASUAH PENGUNDI BUKIT KATIL DENGAN IKAN DAN TIMUN?
Lawati Laman Facebook kami