PBB gesa junta Myanmar bebaskan semua petugas media

PBB gesa junta Myanmar bebaskan semua petugas media
Wartawan Amerika Syarikat (AS), Danny Fenster, dipenjara 11 tahun oleh junta tentera Myanmar. – Foto AFP

PBB gesa junta Myanmar bebaskan semua petugas media

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar membebaskan semua petugas media yang ditahan di negara berkenaan.

Gesaan itu disuarakan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, selepas seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) dikenakan hukuman penjara 11 tahun.

“Saya menggesa pihak berkuasa tentera supaya segera membebaskan petugas media yang ditahan hanya kerana menjalankan tugasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.



Bekas Presiden Chile itu turut mengecam hukuman keras yang dikenakan pihak berkuasa junta selain menyifatkan perbicaraan tertutup dan tidak adil yang dilaksanakan sebagai simbol malang kepada nasib wartawan di negara berkenaan.

Katanya, junta tentera secara jelas cuba menutup laporan berhubung pelanggaran serius hak asasi manusia yang sedang berlaku di seluruh Myanmar.

“Myanmar kini kembali ke zaman di mana semua maklumat dikawal serta ditapis dan propaganda sama dilihat ketika pemerintahan rejim tentera sebelum ini,” katanya.

Bachelet turut memberi amaran bahawa tindakan terhadap petugas media hanya memburukkan lagi kelemahan rakyat yang bergantung kepada maklumat yang tepat serta bebas.



“Dengan tindakan keras terhadap wartawan, penutupan internet, sekatan akses percuma dalam talian dan sumber data lain mengakibatkan orang ramai kehilangan maklumat yang diperlukan,” katanya.

Baru-baru ini, wartawan AS, Danny Fenster dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan menghasut dan melanggar syarat visa.

Fenster yang bertugas dengan Frontier Myanmar, ditahan di lapangan terbang Yangon pada Mei lalu.

Dia kini menunggu perbicaraan kedua membabitkan pertuduhan menghasut dan keganasan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. – AFP



PBB gesa junta Myanmar bebaskan semua petugas media


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button