Singapura guna AI kawal pesisiran pantai
Singapura guna AI kawal pesisiran pantai
SINGAPURA: Sistem pemprosesan data kecerdasan buatan (AI) baru kini boleh mengenal pasti kapal yang mengancam di sepanjang pantai Singapura dalam masa nyata sekali gus meningkatkan keselamatan negara.
Sistem itu akan digunakan Pusat Krisis Maritim Singapura (SMCC) dan mampu secara automatik mengumpul maklumat terkini dari sumber pemerintah setempat dan asing serta sumber komersial, lapor The Straits Times.
Ia akan menggunakan apa saja yang tersedia termasuk rekod jenayah anak kapal dan laluan yang diambil kapal itu untuk menentukan tahap ancaman.
Maklumat itu dan profil kapal kemudiannya dikongsi serta-merta dengan agensi keselamatan maritim lain, membolehkan mereka menentukan tindakan balas yang diselaraskan.
Tindakan itu termasuk sama ada untuk menaiki kapal secara paksa, mengalihkan dan menguruskan lalu lintas maritim, memadamkan api di atas kapal atau melarang anak kapal yang mencurigakan daripada turun kapal.
Agensi yang menggunakan sistem AI itu termasuk Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Pengarah kumpulan membuat pertimbangan maritim negara, Kolonel Desmond Low, berkata AI mengurangkan masa yang diperlukan daripada beberapa jam ke beberapa minit.
“Sistem baru ini akan dapat memberi kesimpulan 10 kali lebih pantas daripada sistem sebelumnya.
“AI membuat pertimbangan ini sudah dibangunkan sejak 2016 dan kini berada di peringkat akhir penyepaduan dan ujian,” katanya. – AGENSI
Singapura guna AI kawal pesisiran pantai
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- PN biadap, edar risalah di dalam perkarangan Masjid
- PRN MELAKA: FITNAH BAHARU CHEGU BARD KE ATAS NAJIB TERBONGKAR LAGI
Lawati Laman Facebook kami