Bekas Puteri Jepun pindah ke AS

Bekas Puteri Jepun pindah ke AS
Mako Komuro, anak sulung Putera Akishino dan Puteri Kiko, bersama suami menuju balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, pagi tadi. – Foto AFP

 

Bekas Puteri Jepun pindah ke AS

TOKYO: Bekas Puteri Jepun, Mako Komuro berlepas ke Amerika Syarikat (AS) bersama suaminya, Kei Komuro selepas meninggalkan gelaran dan keluarga diraja kerana berkahwin dengan orang kebanyakan.

Pasangan yang berkahwin bulan lalu itu menaiki pesawat komersial menuju ke New York, bandar Kei Komuro bekerja selepas menamatkan pengajian undang-undangnya.



Dikawal ketat pasukan polis dan petugas lapangan terbang, pasangan terbabit berjalan melalui kira-kira 100 petugas media tanpa menjawab soalan.

Mako, anak saudara kepada Maharaja Naruhito, hilang gelarannya sebagai puteri, selepas mengahwini orang kebanyakan berdasarkan undang-undang menaiki takhta pasca perang.

Kontroversi membabitkan pasangan terbabit dan pemindahan mereka ke AS mengundang reaksi pelbagai pihak, malah ada antaranya menyamakan dengan pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle.

Baru-baru ini, Agensi Rumah Tangga Imperial memaklumkan, Puteri Mako mengalami gangguan tekanan pascatrauma yang kompleks, akibat perhatian diberikan pihak media itu.



Susulan itu, pasangan terbabit menangguhkan perkahwinan mereka, dengan Komuro berpindah ke New York untuk mengikuti pengajian undang-undang pada 2018, langkah yang dilihat sebagai usaha untuk meredakan perhatian negatif.

Komuro yang berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini, kembali ke Jepun pada bulan lalu.

Pasangan berusia 30 tahun itu dikatakan merancang untuk berpindah ke AS selepas berkahwin. – AFP

Bekas Puteri Jepun pindah ke AS


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button