Minuman keras RM20 juta dirampas
Minuman keras RM20 juta dirampas
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata minuman keras berkenaan dirampas selepas pemeriksaan dilakukan di PKFZ.
Katanya, kes pertama membabitkan serbuan ke atas sebuah gudang pada jam 1.15 petang pada 21 September menemukan minuman keras dipercayai belum lulus kastam dianggarkan bernilai RM18.54 juta termasuk duti atau cukai.
“Bagi kes kedua, serbuan dilakukan ke atas sebuah gudang pada 27 September sekitar jam 12.30 tengah hari menemukan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM2.11 juta termasuk duti atau cukai.
“Hasil semakan rekod pengimportan, pihak syarikat mengikrarkan enam kontena itu bermuatan minuman keras bagaimanapun gagal membuktikan keberadaan dagangan yang diimport (diikrar). Dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Wisma JKDM Pulau Indah, hari ini.
Beliau berkata, bagi kes ketiga, serbuan dilakukan pada 8 November sekitar jam 2.30 petang membabitkan tiga buah kontena yang menemukan minuman keras bernilai RM1.6 juta termasuk duti atau cukai.
Katanya, bagi kes berkenaan, pihak pengimport dagangan menggunakan Borang Zon Bebas 1 (ZB1) dengan mengemukakan permit import yang tidak sepadan dengan kelulusan semasa pengikraran.
“Kes pertama (21 September) dan ketiga (8 November) disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 manakala kes kedua (27 September) disiasat mengikut Akta Zon Bebas 1990,” katanya.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah (kanan) bersama pegawai Kastam menunjukkan sebahagian minuman keras yang rampas pada sidang media di Wisma Kastam Selangor, Pelabuhan Klang. STR/OWEE AH CHUN.
Minuman keras RM20 juta dirampas