3 nelayan hilang bot karam: ‘Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan’

3 nelayan hilang bot karam: 'Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan'
Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Talang, Pantai Remis, Manjung, malam tadi, diselamatkan sebuah bot nelayan di Pulau Sembilan dekat Bagan Datuk.

3 nelayan hilang bot karam: ‘Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan’

MANJUNG: “Hati saya kuat mengatakan suami dan anak selamat, pagi tadi saya sempat masak nasi, kari ikan serta ikan goreng untuk mereka makan jika balik ke rumah. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Dayang Ismail, 55.

Dayang isteri tekong bot, Mohd Nor Sulaiman, 62, yang hilang selepas bot dinaikinya bersama anak, Norasmawi, 29, dan seorang lagi nelayan berusia 70 tahun karam di peraian Pulau Talang, Pantai Remis, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, bot dinaiki suami, anak keempat dan seorang lagi itu diselamatkan sebuah bot nelayan dari Pulau Pangkor di perairan Pulau Sembilan, Bagan Datuk pada jam 11 pagi tadi.



“Dari malam tadi hati tak tenang, saya juga tak dapat tidur dan makan kerana bimbangkan keadaan suami dan anak, tapi saya tetap masak pada jam 10 pagi tadi untuk mereka makan apabila pulang.

“Semua rasa itu terus hilang dan lega apabila mereka semua selamat. Terima kasih kepada nelayan yang bantu mereka dan pihak berkuasa terutama APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, suami ada menghubungi anak sulung mereka pada jam 8.30 malam tadi dan memaklumkan botnya tenggelam serta meminta bantuan.

“Suami cakap dengan anak ‘datang tolong abah, bot abah dah tenggelam’. Suami juga cakap akan bagi (nyalakan) lampu dan anak ketika itu dengar suami beritahu lokasinya hujung-hujung nama saja sebelum talian terputus. Itu yang dia ingatkan ayahnya di Pulau Talang.



“Saya pula terus hubungi talian kecemasan dan buat laporan. Anak sulung kemudian bersama beberapa anak lain dan nelayan kampung segera ke Pulau Talang, tetapi tak jumpa suami, rupanya mereka di Pulau Sembilan,” katanya yang memberitahu ini kali pertama bot dikendalikan suaminya karam sejak 48 tahun menjadi nelayan.

Sementara itu, Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman ketika dihubungi, mengesahkan ketiga-tiga lelaki berkenaan berada dalam keadaan baik, tidak cedera dan sudah dihantar ke Pantai Remis.

3 nelayan hilang bot karam: ‘Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan’


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button