2 maut, 3 parah kenderaan terbabas

2 maut, 3 parah kenderaan terbabas
Anggota bomba mengangkat mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Sandakan- Lahad Datu, berdekatan Kampung Segaliud, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA

2 maut, 3 parah kenderaan terbabas

KINABATANGAN: Dua wanita maut manakala tiga lelaki parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Sandakan ke Lahad Datu, berdekatan Kampung Segaliud, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang maut dilaporkan berusia 14 dan 40 tahun manakala tiga lelaki yang parah berusia 15 hingga 33 tahun, termasuk pemandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi lalu sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.



Katanya, sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza dipercayai terbabas ke kiri jalan raya.

“Akibat kejadian, terdapat seorang wanita dewasa dan seorang remaja perempuan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua remaja lelaki dan seorang pemandu lelaki dewasa dilaporkan mengalami kecederaan parah lalu dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut,” katanya, hari ini.

Katanya, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi.



2 maut, 3 parah kenderaan terbabas





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading