Lelaki kemurungan maut terjatuh dari tingkat empat

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki kemurungan maut terjatuh dari tingkat empat
Gambar Hiasan

Seorang lelaki dipercayai mengalami kemurungan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Pusat Bandar Baru Bercham, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat itu diterima daripada orang awam pada pukul 11.26 malam.



Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.

“Lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring di tengah jalan. Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada kepala namun tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh lelaki itu,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button