Muhyiddin ‘tekan butang’ kalah dengan Bossku

Oleh – Amran Klebang

 



Kempen PRN Melaka memasuki pecutan akhir minggu ini sebelum pengundian dilakukan pada 20 November. Imej Muhyiddin ‘tekan butang’ yang bertebaran di papan pemidang di seluruh Melaka nampaknya masih gagal menyaingi santai rakyat ‘Bossku’ secara keseluruhan.

 

Bukan sahaja Muhyiddin ‘tekan butang’ gagal membayangi Najib, Pakatan Harapan juga nampaknya gagal bersaing dengan gerak Najib.



Najib yang mendekati rakyat pelbagai lapisan ternyata membawa imej 1 Malaysia & ‘Keluarga Malaysia’ secara tidak langsung. Ini membolehkan pengundi Melaka lebih selesa dengan BN dan lebih yakin untuk memberi kepercayaan kepada BN mentadbir Melaka selepas 21 November.

Kehadiran Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri ke Melaka dan berjumpa dengan Najib secara kebetulan di DUN Asahan menguatkan lagi keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional. 



Bendera BN, PH dan PN memenuhi kiri dan kanan jalan raya dalam PRN Melaka

Pemerhatian yang dilakukan juga mendapati rakyat sudah mula menunjukkan arah undi mereka dan tidak akan memberi peluang kepada pihak yang menabur janji selama 22 bulan.

DAP yang tidak berani membawa Lim Kit Siang turun bertemu pengundi turut menimbulkan persoalan besar kepada pengundi. Adakah DAP sudah mula menghidu kekalahan mereka dan menerima hakikat DAP bukan lagi pilihan rakyat Melaka?



Ternyata di sebalik ‘banner’ Muhyiddin ‘tekan butang’ yang menguasai kempen, beliau masih jauh ketinggalan di hati rakyat Melaka berbanding Najib Razak. 

 

Najib, Ismail Sabri, Wan Rosdy bertemu di Melaka



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button