Kadar pengangguran di Selangor kedua terendah

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan kadar pengangguran kedua terendah di negara ini dalam tempoh suku keempat tahun lepas iaitu sebanyak 2.9 peratus selepas Putrajaya iaitu 1.6 peratus.

Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kadar pengangguran di negeri ini menurun sebanyak 0.7 peratus daripada 3.6 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

Menurut beliau, bilangan penganggur di Selangor pada suku tahun keempat direkodkan seramai 105,300 orang dan berkurang 26,700 berbanding seramai 132,000 orang yang dicatatkan pada suku tahun ketiga.



“Ia menunjukkan antara kadar terendah antara negeri-negeri lain,” katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, Program Jelajah Selangor Bekerja yang dianjurkan pihaknya turut mendapat sambutan menggalakkan.

Ujarnya, seramai 716 daripada 2,671 calon berjaya mendapat pekerjaan setelah menghadiri temu duga dalam program tersebut.

“Program Jelajah Selangor Bekerja adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan platform kepada masyarakat mendapatkan pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran di Selangor terutama ketika negara berdepan pandemik Covid-19.



“Sebanyak enam program Jelajah Selangor Bekerja 2021 dianjurkan di lima lokasi iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buloh,” katanya.

Sinar Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading