DITUDUH MATERIALISTIC, HIDUP DITANGGUNG SUAMI – MAWAR RASHID LUAH SEDIH
DITUDUH MATERIALISTIC, HIDUP DITANGGUNG SUAMI – MAWAR RASHID LUAH SEDIH
“Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistic. Mawar ni pandang harta, Hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.
“Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dorang tahu macam mana Mawar sibuk kerja dari muda-muda. Mawar dari kecik diajar untuk berdikari. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak mintak duit dari mamy untuk pergi sekolah,” tulis pelakon dan usahawan Mawar Rashid menerusi laman Instagram.
Melihat pada entri tersebut, Mawar meluahkan rasa sedih apabila ada yang menuduhnya hanya memandang harta kekayaan dan hidup ditanggung oleh suami. Jelas Mawar, sejak dari kecil dia diajar untuk berdikari dan sudah mencari duit sendiri ketika sekolah lagi.
Dalam masa sama, Mawar Rashid berkongsi rasa gembira apabila berjaya memiliki rumah idaman pada usia 26 tahun, selain mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang turut sama bekerja keras untuk mendapatkan rumah idaman mereka itu.
“Tak sangka umur 26 tahun dapat beli bungalow. Alhamdulillah Mawar bersyukur dapat beli first house atas nama Mawar sendiri. Thank you hubby sama-sama kerja keras, sama-sama tontong untuk dapatkan rumah idaman kite!” katanya.
DITUDUH MATERIALISTIC, HIDUP DITANGGUNG SUAMI – MAWAR RASHID LUAH SEDIH
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami