ASAM GARAM ARTIS – AZHARINA PERNAH DITAWAR RM500,000 UNTUK TIDUR BERSAMA

ASAM GARAM ARTIS - AZHARINA PERNAH DITAWAR RM500,000 UNTUK TIDUR BERSAMA

ASAM GARAM ARTIS – AZHARINA PERNAH DITAWAR RM500,000 UNTUK TIDUR BERSAMA

Bergelar seorang artis bukan sesuatu yang mudah… ini kerana perlu menempuhi pelbagai dugaan dan godaan. Azharina Azhar antara artis yang pernah melalui suka duka bergelar penyanyi.

Ketika di awal pembabitan bergelar penyanyi, Azharina mendedahkan dia pernah ditawarkan sejumlah wang lumayan untuk melakukan aktiviti tidak senonoh. Menurut Azharina, tidak dinafikan ramai yang cuba mengambil kesempatan namun katanya kena pandai mengelak dengan cara baik.



“Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga. Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis,” katanya.

Kata bekas juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini, dia bukanlah orang sebegitu dan sebagai wanita perlu pandai membawa diri serta tidak membiarkan mudah untuk diambil kesempatan.

“Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah. Namun saya percaya hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita,” ujarnya.



Dalam pada itu, Azharina berkongsikan ada penyanyi tidur dengan komposer hanya untuk menjadi artis serta menghasilkan album: “Namun saya tidak tahu kesahihan itu sejauh mana. Saya rasa dia (kawan) pun terus menjauhkan diri dengan komposer tersebut selepas kejadian itu,” tuturnya.

ASAM GARAM ARTIS – AZHARINA PERNAH DITAWAR RM500,000 UNTUK TIDUR BERSAMA



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button