Hafizh uji jentera baharu Januari depan

Hafizh uji jentera baharu Januari depan
Hafizh (kanan) akan bergandingan dengan Leandro Mercado dalam pasukan Mie Racing Honda di WSBK tahun depan.

Hafizh uji jentera baharu Januari depan

KUALA LUMPUR: Bekas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim 2022 dijangka menguji jentera baharunya seawal Januari depan di Sepanyol.

Hafizh yang bakal menjadi pelumba pertama Malaysia beraksi dalam saingan WSBK seakan tidak sabar merasai pengalaman menunggang jentera baharu yang dikhabarkan “sangat menakjubkan” itu untuk berlumba pada musim depan.

“Saya tidak pernah bawa jentera ini, mungkin uji pada hujung Januari atau awal Februari di Sepanyol,” katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.



Bagaimanapun, pelumba kelahiran Ampang yang ketika ini berada di London, United Kingdom atas urusan peribadi, berharap agar wakil pasukan baharunya di Malaysia dapat mengatur sesi baginya menunggang jentera baharu berkenaan di sini sejurus tiba di tanah air dalam usahanya untuk mencipta keserasian dengan jentera berkenaan.

Dalam pada itu, beliau sama sekali tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.


Disyorkan Untuk Anda :


Hafizh pada masa sama juga berharap UMW Grantt International yang menajanya dalam saingan Moto2 akan meneruskan penajaan mereka walaupun berlumba dalam kejohanan lain tahun depan.

“Saya dan pihak pengurusan masih bincangkan lagi mengenai tajaan tahun depan. Insya-Allah saya harap ada peluang bekerjasama lagi. Terima kasih UMW bantu saya dalam Moto2 termasuk menanggung kos latihan dan travel (perjalanan) saya,” katanya.



Mengenai prestasinya pada musim 2021, Hafizh yang baharu sahaja menamatkan baki perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP pada saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo Ahad lepas mengakui prestasinya tidak menyerlah musim ini dengan mengutip sembilan mata dan menamatkan musim di tangga ke-28 daripada 40 pelumba secara keseluruhan.

Katanya nasib mungkin tidak menyebelahinya musim ini walaupun merasakan mental dan fizikalnya berada pada tahap yang baik selain telah bekerja keras bagi memastikan beliau mencapai keputusan memberangsangkan dalam perlumbaan Moto2.

Penghijrahan Hafizh ke WSBK menerusi satu pengumuman Sabtu lepas menyaksikan beliau menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.

Pelumba berusia 27 tahun itu akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk saingan WSBK musim 2022. – BERNAMA



Hafizh uji jentera baharu Januari depan



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button