Morales calon terbaik penggempur Harimau Malaya – Hodak
Morales calon terbaik penggempur Harimau Malaya – Hodak
KUALA LUMPUR: Penyerang import KL City FC, Romel Morales sememangnya calon yang tepat sekiranya skuad kebangsaan mahu menambah ‘resipi’ baharu di bahagian jentera serangan Harimau Malaya.
Situasi itu diakui pengendali skuad Warga Kota, Bojan Hodak yang jelas memberi ‘restu’ apabila mengakui pemain berusia 24 tahun itu sepatutnya diberi peluang untuk membarisi skuad kebangsaan selepas layak berbuat demikian.
Kata pengendali dari Croatia itu, percaturan menukar posisinya daripada pemain tengah kepada penyerang jelas memberi dimensi baharu yang menyaksikan potensinya sebagai penggempur berbisa berjaya ‘didedahkan’.
“Romel tidak suka untuk bertahan, jadi kita letakkan dia di bahagian atas memandangkan tiada pemain untuk beraksi pada posisi itu. Dia hilang lapan kilogram (kg) sejak Januari lalu sehingga hari ini.
“Mungkin dia bertuah tetapi itu adalah hasil kerja kerasnya. Dia nampak bahaya dan teknikalnya bagus. Dia adalah pemain yang baik untuk Malaysia.
“Ini adalah pemain yang perlu diberikan pasport kerana baru berusia 24 tahun. Bukannya pemain yang sudah berusia 30 tahun,” kata Hodak.
Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi KL City FC, Stanley Bernard mengesahkan perancangan untuk menaturalisasikan pemain dari Colombia itu sememangnya sudah difikirkan sejak mereka mengikat pemain itu pada awal musim ini.
Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu sememangnya berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi baharu namun masih belum mematuhi ‘tempoh matang’ seperti yang diperuntukkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Bagaimanapun, dia sudah sedia untuk ‘dipetik’ memandangkan dia akan genap lima tahun beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada tahun depan sekali gus boleh beraksi sebagai pemain kebangsaan pada 2023 sekiranya diperlukan.
Malah, ejen pemain itu yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengesahkan pemain itu dijangka terus kekal bersama skuad Warga Kota pada musim depan.
Morales calon terbaik penggempur Harimau Malaya – Hodak
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami