BABY SHIMA JELAS FOTO DI KELAB ADALAH BABAK MV TERBARU,

BABY SHIMA JELAS FOTO DI KELAB ADALAH BABAK MV TERBARU,

BABY SHIMA JELAS FOTO DI KELAB ADALAH BABAK MV TERBARU, ‘LALAI’-“CUKUP-CUKUPLAH NAK BURUKKAN, JATUHKAN…”

Nampaknya nama penyanyi Baby Shima yang sering menerima kecaman itu kembali hangat apabila foto miripnya bersama seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial. Berdasarkan beberapa keping foto tersebut, penyanyi lagu ‘Pura-Pura Bujang’ itu didakwa seperti sedang mencium lelaki tersebut sambil memegang segelas minuman.

Shima menerusi laman Instagram telah tampil menjelaskan bahawa foto yang tersebar terbabit merupakan babak dalam muzik video (MV) untuk lagu terbarunya berjudul ‘Lalai’ yang telah pun keluar di Youtube satu jam lebih yang lalu. Dalam masa sama, Shima mengakui sedih dengan tohmahan dan kecaman yang diterimanya dek kerana foto berkenaan.



“Shima nak bagi penjelasan, ramai komen memaki, menuduh dan macam-macam tanpa tau perkara sebenar, memang Shima ke club, tapi bukan suka-suka.. kadang shima malas nak explain, sebab apa yang keluar dari mulut Shima orang takkan percaya..

“Cukup-cukuplah nak memburukkan Shima, menjatuhkan Shima, Shima tak kacau kehidupan korang pun… biar Shima bahagia dengan cara Shima.. tu shoting untuk MV LALAI. #babyshima #adanampakmummyhappy #lalai,” tulisnya.

Sebelum ini, menerusi laporan media, Shima mengakui bahawa individu berkenaan adalah dirinya serta meminta netizen tidak sibuk tentang hal peribadinya kerana apa yang dilakukannya itu tidak menganggu orang lain.



“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” jawabnya.

Sementara itu, ditanya pula adakah kontroversi ditimbulkan itu sengaja dibuat untuk meraih perhatian, Shima Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, sebaliknya menyalahkan netizen. Katanya lagi, dia tidak pernah ada niat untuk timbulkan kontroversi. Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.

“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up. Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontroversi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain.



“Namun saya akui kadang-kadang sedih kerana kecaman yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala. Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” katanya.

BABY SHIMA JELAS FOTO DI KELAB ADALAH BABAK MV TERBARU



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button