Sah!!! Rafiq Naizamohideen kini taraf ‘pampers’
Sah kini Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Rafiq Naizamohideen kini hanya bertaraf ‘pampers’ untuk memberi laluan kepada Mas Ermieyatie dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Seorang cytro terkenal PPBM, Herman Haassan mengesahkan penyingkiran Rafiq menerusi kapsyen dalam facebooknya.
Rafiq yang beralih kerusi ke Telok Mas akan berentap dengan Ketua Bahagian Umno Kota Melaka, Datuk Razak pada 20 November ini.
Perkara ini juga mengesahkan krisis dalaman yang berlaku dalam PPBM Melaka selama ini adalah benar dan cubaan mengalih perhatian penyokong PN tidak berjaya dilakukan Ketua War Room PN.
Rafiq yang ‘hilang’ beberapa hari kembali muncul namun imej beliau semakin merudum di Telok Mas dan harapan untuk melihat PPBM mempertahankan kerusi tersebut gagal.
Mungkinkah Rafiq akan berpaling tadah dan membongkar segala kepincangan PPBM dan PN selepas ini berikutan kekecewaan beliau tidak dicalonkan sebagai Ketua Menteri?
Walau beliau Pengerusi PN Melaka, ia tidak menjamin jawatan yang diidamkan Rafiq sejak sekian lama dan kini beliau perlu akur dirinya hanya digunakan untuk mencari pengaruh di Melaka.
Perikatan Nasional ajar pengundi tipu malaikat