Apa Shamsul buat masa jadi Timbalan Menteri?

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Putrajaya, Datuk Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Industri Utama.

Malang bagi warga Parlimen Hang Tuah Jaya apabila kawasan mereka tidak dibangunkan oleh wakil rakyat sebaliknya sekarang mencuba nasib di DUN Paya Rumput untuk mengelakkan digasak mengenai soal pembangunan Hang Tuah Jaya.

 

 

Beliau cuba menjadikan gaya nomad DAP yang akan berpindah kawasan setiap kali gagal menunaikan janji atau membangunkan sesebuah kawasan seperti dijanjikan.

Cara ‘melompat-lompat’ ini tidak ubah seperti ‘katak politik’ yang hanya mahu mencari pengaruh dan populariti sedangkan hasil kerja tidak sebaik mana. 



‘Majal’ yang dikendung Shamsul bakal dipindahkan ke Paya Rumput jika beliau berjaya memperdayakan pengundi pada 20 November ini.

Hanya berbekalkan janji menutup Tol Ayer Keroh, Shamsul sebenarnya kurang cerdik kerana sebelum ini Ahli Parlimen Simpang Renggam pernah membuat janji akan memastikan tiada bayaran tol dikenakan terhadap pengguna selepas PH memerintah.

Sebenarnya apa jasa Shamsul di Hang Tuah Jaya yang mampu dibanggakan untuk dijadikan modal kepada pengundi paya Rumput?

Shamsul Iskandar bukan pilihan Paya Rumput

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker