Konflik dalaman PH berkisar perebutan jawatan

 

Sejak penamaan calon Pakatan Harapan, gabungan itu menghadapi konflik dalaman berkaitan calon Ketua Menteri Melaka walaupun cuba ditenangkan pemimpin mereka.

Menamakan Adly sebagai calon Ketua Menteri sebenarnya hanya menimbulkan lebih banyak kontroversi yang diselindungkan. Pencalonan Idris Haron dan Nor Azman juga sebenarnya membangkitkan rasa tidak puashati kalangan ahli gabungan PH.

 

Anwar Ibrahim

 

Bagi mereka ketetapan awal yang dibuat PH telah dilanggar hanya kerana mengejar populariti sedangkan Idris dan Azman belum pasti dapat menambah jumlah kerusi PH dalam PRN Melaka.

Calon Ketua Menteri Melaka adalah fokus utama bagi menarik perhatian pengundi PH namun begitu berlaku kekeliruan apabila beberapa nama turut disebut akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

 

Antara yang disebut ialah Shamsul Iskandar selain Idris Haron yang memang bersedia untuk menerima lantikan jawatan tersebut.

Menurut laporan sebuah portal – MyNewsOnline, pengundi Melaka wajib menerima Shamsul sebagai ketua Menteri selepas beberapa siri kegagalan Adly Zahari sepanjang menjadi KM didedahkan.

Adakah DAP hanya akan memerhati tanpa membantah keputusan yang dibuat tanpa boleh berbuat apa-apa? 

Perikatan Nasional kalah semua kerusi PRN Melaka?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker