Perikatan Nasional kalah semua kerusi PRN Melaka?

 

Perang poster menampilkan ‘Abah tekan butang’, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya hanya bakal mengundang kekalahan kepada Perikatan Nasional.



Walaupun seluruh jentera pilihanraya termasuk ‘khadam’ terbaru mereka – PAS – digunakan, PN dijangkakan akan kalah di semua kerusi yang ditandingi berdasarkan pemerhatian serta laporan tidak rasmi.

Bagi pengundi, PPBM yang menjadi tunjang PN hanyalah mengulang kisah Pakatan harapan walau mereka menggunakan jenama baru.

Pengundi masih tidak melupakan bagaimana kerjasama PPBM di dalam PH sepanjang 22 bulan memerintah. Mereka tidak dapat menerima ‘kesucian’ PPBM yang telah membuat onar bersama PKR, DAP & AMANAH kepada rakyat Malaysia.



Bagi pengundi arena terbaik untuk mengajar PPBM adalah PRN Melaka walau kini mereka telah membentuk kerjasama dengan PAS dan Gerakan didalam Perikatan Nasional.

Walau PN cuba meletakkan calon popular di beberapa tempat tertentu, konflik dalaman PPBM telah berjaya dihidu pihak media. 

PPBM Melaka dikatakan berantakan kerana ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan calon Ketua Menteri Melaka hingga menyebabkan Pengerusi PN Melaka ‘hilang’ beberapa hari.



 

 

Sabtu ini akan menetukan ‘hidup-mati’ PN. Adakah dengan berbekalkan wajah ‘abah tekan butang’ akan membawa kejayaan atau berakhirnya ‘nyawa mereka dalam politik tanahair?



Biarlah pengundi Melaka menentukan hala tuju Perikatan Nasional selepas 20 November 2021.

Shamsul Iskandar bukan pilihan Paya Rumput

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button