NORA ARIFFIN BAKAL KAHWIN TAHUN INI

NORA ARIFFIN BAKAL KAHWIN TAHUN INI – SUDAH FIKIR MASAK-MASAK, DIRESTUI ANAK-ANAK

“Insya-Allah tahun ini (mendirikan rumah tangga), perkara yang baik tidak elok dilengahkan, namun yang penting mendapat restu anak-anak dan ahli keluarga. Situasi itu memberikan saya semangat dan Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia itu tidak lama lagi.

“Anak-anak pun ada beritahu yang mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka, hanya mahu melihat saya gembira dan saya fikir sampai masanya (untuk berkahwin baharu),” demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, yang mengakui bakal memulakan hidup baharu tahun ini.



Malah dia kini sudah bersedia untuk menamatkan kehidupan bersendirian selepas berfikir semasak-masaknya untuk memulakan hidup baharu dan paling penting, hubungan itu direstui anak-anaknya.

Meskipun tidak mahu berkongsi secara terperinci lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin memaklumkan mereka adalah teman lama.

Berkongsi kisah individu yang bakal menjadi pasangan hidupnya itu, Nora berkata lelaki yang sudah melamar dirinya bukanlah tergolong dalam kalangan orang politik dan tidak juga dari kalangan orang berniaga atau usahawan terkenal. Sebaliknya, beliau berkata, individu berkenaan lebih kepada sebagai seorang pendidik.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain dan hasil perbincangan bersama dengan ahli keluarga persetujuan dicapai, Insya-Allah perkara itu akan dapat direalisasikan dalam waktu terdekat.



“Perbincangan dibuat ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tahun ini dan ia dilihat berjalan lancar,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hanya Satu’ itu.

Terdahulu, Nora yang berasal dari Kelantan berkahwin dengan Johan Nawawi yang juga komposer popular pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 14 Disember 2019, Nora dan keluarga diuji lagi apabila anak keduanya, Alif meninggal dunia secara mengejut pada usia 20 tahun.

Nora sebelum ini pernah dikaitkan dengan dakwaan dirinya dikatakan sudah bernikah dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.



Namun perkara itu dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular di media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik mereka.

NORA ARIFFIN BAKAL KAHWIN TAHUN INI

NORA ARIFFIN BAKAL KAHWIN TAHUN INI



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button