Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah
Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah
KOTA KINABALU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap tuduhan mengaibkan kehormatan anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) pada 1 Jun lalu.
Tertuduh, Nur Jawaheer Ismail, 34, yang lebih dikenali sebagai Wawa, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Stephanie Sherron Abbie.
Berdasarkan pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang dalam sekatan jalan di Jalan Kepayan, di sini.
Wawa didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan ‘nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM2,000 oleh dua penjamin tempatan, bagi pertuduhan berkenaan sebelum menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya dan Adibah Saiful, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Luke Ressa Balang.
Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami