Isu 100 juta, Kit Siang ganti Mahathir ratib nama Najib

 

Menyedari parti DAP mengalami kekalahan teruk di PRN Melaka, Lim Kit Siang menggunakan isu 100 juta menggantikan Mahathir bagi meratib nama Dato Sri Najib Razak.

Beliau yang turut berkempen semasa PRN Melaka sedar DAP semakin kehilangan sokongan rakyat berikutan kegagalan Pakatan Harapan mentadbir 22 bulan.

Kit Siang yang sudah hilang pengaruh semakin dipinggirkan kebanyakan ahli DAP generasi baru. Mereka sudah bosan dengan wajah lama yang menguasai DAP sejak sekian lama mahu perubahan dilakukan.

Berkaitan isu Najib, bekas Perdana Menteri telah menjawap dan jelas sekali beliau tidak pernah meminta kediaman dengan harga sebegitu. Harga dicanangkan hanyalah persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.

 

Najib juga menjelaskan beliau diberikan 3 pilihan tanah dan beliau bersama keluarga telah memilih sebidang tanah daripada 3 yang ditawarkan namun sehingga kini masih belum diluluskan lagi. 

Beliau juga telah membuat sidang media menyatakan pendiriannya untuk menarik balik permohonan pemilikan kediaman tersebut.

Kit Siang selaku ‘orang lama’ dalam politik sepatutnya lebih maklum mengenai peruntukan yang tertakluk dalam Akta Kerajaan. Namun demikian beliau memilih untuk menjadikannya sebagai isu besar sedangkan tahu itu tidak memberi impak. 

Apa yang jelas, Kit Siang mahu isu kediaman tersebut diperbesarkan seperti isu cincin yang kemudiannya disahkan sendiri oleh Pakatan Harapan tidak wujud.

Ini cara politik DAP dan Kit Siang yang diamalkan untuk ‘membunuh’ imej seseorang individu politik. Etika politik murahan DAP sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri.

“Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib

 

 

 

 

 

One thought on “Isu 100 juta, Kit Siang ganti Mahathir ratib nama Najib

Leave a Reply