Adakah Permohonan Memenjarakan Isham Merupakan Satu Lagi Strategi Mahathir?

Adakah Permohonan Memenjarakan Isham Adalah Satu Lagi Strategi Mahathir

Adakah Permohonan Memenjarakan Isham Merupakan Satu Lagi Strategi Mahathir?

Secara tiba-tiba, Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, telah memfailkan permohonan sebelah pihak (ex-parte) kepada mahkamah untuk memenjarakan Isham Jalil.

Permohonan itu dibuat berdasarkan kenyataan Isham yang mempersoalkan keputusan mahkamah memenjarakan DS Najib atas sabitan kes SRC.

Ianya merujuk kepada temu bual diberikan Isham bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?.



Kandungan yang dirujuk pula adalah berdasarkan kepada akaun Facebook The Malaya Post bertarikh 30 Sept 2023.

Pada 15 Ogos 2023, dalam hantaran di akaun Facebook beliau, Isham juga telah mempertikaikan keputusan mahkamah membebaskan Muhyiddin Yasin dari 4 pertuduhan rasuah.

Penulis tidak pasti mengapa isu yang sama (mempertikaikan keputusan mahkamah) kerana membebaskan Muhyiddin tidak mendapat perhatian Peguam Negara.

Tetapi, penulis merasakan seperti ada sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.



Mungkinkah Ini Adalah Perancangan Mahathir?

Isham Jalil sering mendakwa bahawa beliau adalah penyokong tegar kepada DS Najib.

Tetapi sikap beliau tidak menjurus ke arah itu.

Malah, beliau lebih sesuai dikenali sebagai seorang politikus yang cuba menunggang isu DS Najib untuk mendapatkan populariti.

Isham tidak mempunyai pengaruh yang kuat untuk melonjakkan diri beliau dalam politik adalah fakta.



Beliau perlukan pengaruh dari nama besar dalam politik sebagai batu loncatan untuk merealisasikan impian beliau.

Apabila beliau dipecat dari UMNO, Isham dengan segera berpaling kepada musuh utama UMNO, Dr Mahathir.

Dr Mahathir pula sememangnya seorang politikus yang sangat licik dan mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Dr Mahathir sedar, walau pun Perikatan Nasional sudah menguasai 4 negeri Melayu, tetapi ianya masih jauh untuk membolehkan mereka menguasai kerajaan pusat.



Beliau juga sedar, kezaliman ke atas DS Najib yang beliau sendiri lakukan, semakin mendapat simpati bukan sahaja dari orang Melayu, tetapi juga dari orang bukan Melayu.

Persoalannya, siapakah yang boleh dikorbankan untuk mencipta hero memperjuangkan keadilan untuk DS Najib?

Di sinilah Isham Jalil dilihat sangat berguna oleh Dr Mahathir.

Permohonan untuk memenjarakan Isham akan melonjakkan nama Isham yang kononnya rela dipenjarakan demi untuk keadilan buat DS Najib.



Sebab itu, walau pun Isham melakukan perkara yang sama dalam kes Muhyiddin, ianya tidak diambil tindakan.

Sekiranya diambil tindakan, maka Isham akan dilihat sebagai double agent yang akan membuat rakyat menolak Isham.

Hakikatnya, Isham tidak perlu dipenjarakan, tetapi perjuangan beliau di mahkamah sudah cukup untuk menarik sokongan.

Ketika itu, pemimpin PPBM dan PAS akan memainkan isu ini seluas-luasnya dengan memberi gambaran Isham adalah pejuang keadilan yang dizalimi.



Dan pada ketika itulah, Dr Mahathir akan mengarahkan Isham supaya menyertai Perikatan Nasional, sama ada PPBM atau PAS.

Oleh itu, UMNO dan Pakatan Harapan mesti berhati-hati supaya tidak termasuk dalam jerat Dr Mahathir.

Adakah Permohonan Memenjarakan Isham Merupakan Satu Lagi Strategi Mahathir?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button