Tunggang motosikal ke masjid pun perlu pakai topi keledar-JPJ

Oleh – Syeikh Baran


Tunggang motosikal ke masjid pun perlu pakai topi keledar-JPJ
MOHD. Apandi @ Sanusi Jusoh (tiga dari kanan) memakaikan topi keledar sumbangan JPJ Negeri Kelantan kepada seorang penduduk pada Karnival Masjid Mukim Kemumin, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED

abatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan semua penunggang motosikal agar tetap memakai topi keledar semasa dalam perjalanan menunaikan solat jemaah di masjid di kawasan masing-masing.

Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ negeri, Mohd. Apandi @ Sanusi Jusoh berkata, meskipun hanya mahu menunaikan solat, pematuhan pemakaian topi keledar sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua penunggang termasuk pembonceng motosikal.



“JPJ Kelantan telah menyampaikan sumbangan topi keledar kepada beberapa penduduk terpilih di Mukim Kemumin. Ia merupakan evokasi kepada penduduk setempat agar sentiasa mementingkan keselamatan diri apabila berada di atas jalan raya.

“Topi keledar tetap perlu dipakai meskipun untuk hadir menunaikan solat di masjid,” katanya ketika ditemui pada Karnival Masjid Mukim Kemumin, di sini hari ini.

Mohd. Apandi memberitahu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa melaksanakan pemeriksaan motosikal bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik termasuk mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang.

Tegasnya, JPJ sentiasa memberi penekanan terhadap aspek keselamatan motosikal dan gembira apabila perkhidmatan disediakan agensi itu di tapak karnival mendapat sambutan daripada ramai penduduk.



“Setiap motosikal yang dibawa penduduk diperiksa oleh pegawai pemeriksa JPJ. Kita juga gembira perkhidmatan disediakan mendapat sambutan apabila sekitar 100 urusniaga dilaksanakan melalui Mobile JPJ Negeri Kelantan sehingga tengah hari ini.

“Masjid Mukim Kemumin sudah dua kali melaksanakan program bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk JPJ Kelantan,” ujarnya.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading