Tonton filem Korea Selatan, kena hukum ‘kerja berat’

 

Seorang pelajar sekolah di Korea Utara dijatuhkan hukuman melakukan `kerja berat’ selama 14 tahun.

Pelajar tersebut dihukum hanya kerana menonton sebuah filem Korea Selatan selama lima minit.

Lapor Daily Star, pelajar berusia 14 tahun itu ditahan 7 November lalu.



Pelajar tersebut didapati menonton filem berjudul, The Uncle arahan Kim Hyoung-jin.

Sumber di Korea Utara memberitahu Daily NK, pelajar itu berasal dari Sekolah Rendah dan Menengah Hyesan City.

“Dia ditahan dalam masa lima minit selepas menonton filem itu dan dijatuhi hukuman melakukan kerja berat selama 14 tahun,” katanya.

Terdapat kebimbangan mengenai nasib ibu bapa pelajar itu yang mungkin dikenakan hukuman disebabkan `sistem perhubungan’ yang wujud di Korea Utara.

Di bawah sistem itu, sekiranya jenayah budaya berlaku disebabkan pendidikan tidak bertanggungjawab, mereka boleh dikenakan denda sebanyak 200,000 won Korea Utara (RM933).

Pasangan suami isteri itu dipindahkan ke sebuah kawasan luar bandar pada Februari lalu selepas anak mereka ditahan menonton filem lucah.

Undang-undang Korea Utara menetapkan mana-mana individu yang menonton atau menyimpan filem Korea Selatan selama lebih lima tahun atau kurang daripada 15 tahun akan dikenakan hukuman melakukan `kerja berat’.

“Selaras dengan itu, kerajaan pimpinan Kim Jong-un pada September lalu memperkenalkan Akta Keselamatan Pendidikan Belia bagi memperkukuhkan latihan ideologi bagi golongan muda.

“Undang-undang baharu ini juga secara rasmi memperkenalkan sistem perhubungan,” katanya.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button