Siapa dalang sebenar isu SRC & 1MDB?
Siapa dalang sebenar isu SRC dan 1MDB yang digunakan Mahathir bagi menyerang dan mendakwa Najib Razak?
Dengan bukti baru yang dikemukakan Tan Sri Shafee Abdullah, kes SRC dan 1MDB semakin panas.
Semalam Shafee membuat sidang media dan beliau mendedahkan bagaimana keadilan dapat diberikan kepada najib apabila banyak bukti yang tersorok.
Saksi yang sepatutnya disoal balas tidak dipanggil ke Mahkamah, dokumen yang boleh membuktikan Najib tidak bersalah juga tidak dapat di bawa ke Mahkamah.
Shafee turut mendedahkan pihak peguambela tidak menerima bukti sebagaimana termaktub di bawah seksyen 51A CPC (crime procedure code). Mereka juga (peguambela) tidak menerima dokumen yang sepatutnya mereka perolehi.
Terjemahan penuh – Nabeel Naqie Lima
Turut dinyatakan Shafee relevan kes antara SRC 1MDB ialah saksi yakni Zeti Akhtar Aziz. Bagaimanapun dalam kes 1MDB, pendakwaraya berjanji mereka akan memanggil Zeti tetapi dalam kes SRC, mereka tawarkan saja Zeti seolah-olah dia saksi yang tak signifikan, walhal mereka tahu bahawa Zeti sedang disiasat.
Dalam pada itu Shafee menyelar tindakan Sarawak Report.
“Jadi sekiranya beliau balik pada 5hb (tambah 7 hari kuarantin) dah jadi 12hb. Ia telah melepasi 8hb. Itulah sebabnya saya katakan bolehkah kita tangguhkan, dan saya berikan alasan kuarantin…ia adalah alasan yang jujur dan tulen tetapi Sarawak Report memutarbelitkannya”
SPRM perlu jawap isu Zeti di Mahkamah