Ibrahimovic kutuk Man United kedekut

 

Zlatan Ibrahimovic secara terbuka mengutuk Manchester United apabila mendedahkan gajinya ditolak £1 (RM5.50 sen) hanya kerana mengambil minuman jus di mini bar dekat sebuah hotel.

Penyerang AC Milan berusia 40 tahun itu berhijrah ke Old Trafford pada 2016 menerusi perpindahan secara percuma dari Paris Saint-Germain.

Dia menikmati kejayaan bersama Red Devils sebelum mengalami kecederaan yang kemudian menamatkan kariernya bersama kelab gergasi itu.

Bintang Sweden itu menjaringkan 29 gol sepanjang 53 penampilan dan membantu United memenangi Perisai Komuniti, Piala Liga dan muncul juara Liga Europa.

Bagaimanapun Ibrahimovic mengakui berasa terkejut apabila dia mendapati gajinya ditolak oleh kelab.

“Satu hari saya di hotel bersama pasukan sebelum turun beraksi. Saya berasa haus, jadi saya buka mini bar dan minum minuman jus.

“Kemudian kami turun beraksi dan pulang. Masa kemudian berlalu dan saya terima slip gaji.

“Saya mula berasa pelik mengapa ditolak £1 daripada gaji saya.

“Kemudian saya bertanya pengurus pasukan dan dia berkata, ia disebabkan minuman jus yang saya ambil dari mini bar itu.

“Saya terkejut tetapi pengurus itu menyatakan di kelab ini jika anda ambil sesuatu, maka anda perlu membayarnya,” katanya.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button