Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?
Mahathir Mohamad

 

Bekas Pengerusi BERSATU, PEJUANG, Tun Mahathir Mohamad, muncul buat kali pertama di atas pentas ceramah PAS malam semalam sempena PRN akan datang.



Kemunculan Mahathir telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk apa syarat yang beliau letak kepada PAS untuk berceramah dalam majlis PAS.

Gosip panas menyebut, untuk muncul atas pentas PAS, Mahathir meletakkan syarat tertentu antaranya Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir mestilah diberikan laluan untuk bertanding di PRN Kedah.

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Bukan itu sahaja, malah khabar angin turut menyatakan Mahathir mahu Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Sanusi Md Nor sekiranya Perikatan Nasional berjaya mengekalkan kuasa di Kedah.



Syarat lain, PAS perlu menyokong Proklamasi Melayu anjuran Mahathir bagi membolehkan ‘bantuan’ terutama kewangan disalurkan kepada parti tersebut.

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Sejauh mana kebenaran gosip politik itu? Tidak mustahil perkara tersebut akan dinafikan oleh pemimpin PAS dan Mahathir. Namun, bak kata pepatah ‘Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru’.

Hari ini PAS nampak gembira bersama Mahathir sehingga ada kalangan pemimpin mereka memberi gelaran ‘Legend’ kepada Mahathir, tetapi tidak mustahil jika PAS juga akan mengutuk Mahathir bila tidak lagi bersama.



Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Kini, Mahathir sudah suci di mata ahli dan pemimpin PAS. Apa sahaja gelaran atau kutukan PAS kepada Mahathir satu ketika dahulu sudah tidak digunakan lagi.

PAS akan terus hidup dalam sindrom penafian selama Mahathir tunggang mereka demi kepentingan politik beliau.

Itulah hakikat sebenar politik PAS yang selama ini akan ‘menghalalkan’ apa sahaja demi kepentingan politik mereka.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button