Resepi Ayam Ungkep

Resepi Ayam Ungkep
Resepi Ayam Ungkep

Resepi Ayam Ungkep

Hi semua, Ayam Ungkep berasal dari Jawa, menu pilihan pada kali ni. Resepi ni hasil perkongsian dari sahabat baik Che Nom sendiri, dan resepi ini pernah dikongsikan di website resepichenom.com. Kali ini Che Nom akan share versi video pula, dan ada sedikit tambahan cara untuk hasilkan Ayam Ungkep yang lebih beraroma. Sesiapa yang suka pedas boleh cuba resepi ini sebab kita menggunakan banyak cili padi.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam ungkep:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 ketul kenyit hidup
    • 1 biji bawang besar
    • 1 batang serai
    • 10-15 tangkai cili api hijau
    • sedikit air
    • ½ sudu besar jintan manis
    • ½ sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • ½ ekor ayam
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil garam
    • ½ cawan minyak masak
    • 1-2 batang serai (dititik)
    • sedikit gula
    • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam ungkep:
    1. Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, bawang besar, serai diikuti dengan cili api hijau.
    2. Kisar halus semua bahan hiris kasar.
    3. Masukkan jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar lalu sangai atau goreng bahan tanpa minyak.
    4. Kemudian, tumbuk halus bahan yang disangai.
    5. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
    6. Panaskan minyak lalu tumis batang serai dan bahan kisar sehingga kering, naik bau dan pecah minyak iaitu dalam anggaran 10-15 minit.
    7. Masukkan ayam, bahan rempah yang ditumbuk, asam keping dan sedikit air.
    8. Tutup dan masak ayam sehingga ia empuk.
    9. Selepas masakan kelihatan kering, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.
    10. Kemudian, ayam ungkep siap untuk dihidang.

Tip:

  • Kuah ayam ungkep yang sedap sememangnya pekat dan bersalut dengan ayam.
  • Jika masakan ayam ungkep kelihatan berlebihan minyak, boleh sudukan keluar minyak berlebihan.

Bihun Sup Tulang Utara Special

Resepi Ayam Ungkep

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button