Pemilihan atau PRU15 – semua ‘mata’ tertumpu pada Umno
Semua ‘mata’ politik tanahair tertumpu pada Umno samada mahu membuat pemilihan parti atau menghadapi PRU15 dahulu.
Mood mesyuarat Perwakilan Sayap Umno pada Sabtu dan Ahad menunjukkan majoriti mahu Umno bersedia berdepan PRU15.
Pada 18 Disember depan semua Umno Bahagian akan bermesyuarat dan usul mendesak PRU disegerakan dijangka menguasai lebih 90% Bahagian Umno.
Semalam, Timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hj Hasan menyatakan pemilihan Umno boleh ditangguhkan sehingga November 2022.
Bagaimanapun ada satu gerakan yang digerakkan menggesa agar pemilihan Umno dijalankan segera sebelum PRU15 diadakan.
Meneliti gerakan tersebut dari sudut politik, ia tidak lebih daripada mahu menjamin kedudukan mereka yang masih merasakan diri belum cukup puas dalam politik sahaja yang mendesak perkara ini berlaku.
Ini termasuk beberapa kalangan mereka yang berjawatan dan menikmati keistimewaan dalam jawatan dalam kerajaan mahu memastikan penguasaan mereka diteruskan.
RASIONAL MUKA BARU DIPERKENALKAN – NAJIB RAZAK
Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi pernah menegaskan rejunivasi Umno amat penting. Ramai muka baru akan diketengahkan sebagai pelapis kepada muka lama dalam Umno.
Ini akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang lebih baik bagi pada PRU15 kelak. Terbukti apa yang Zahid mahukan dimulakan di PRN Melaka apabila hampir 70% muka baru dan tenaga baru ditampilkan mewakili Umno.
Mengejutkan, rakyat menyambut baik dan memberi kepercayaan kepada muka baru dan tenaga muda yang bertanding di PRN Melaka.
Eksperimen tersebut ternyata mampu mengubah persepsi pengundi dan rakyat bahawa Umno hanya dikuasai golongan ‘Dinasor Politik’ yang tidak tahu bila mahu berhenti berpolitik.
Najib Razak lafaz sumpah sekali lagi – video