Tablet Nokia T20 boleh didapatkan pada harga RM1,099

 

Seperti yang kami canangkan beberapa hari lalu, Nokia T20 kini boleh anda dapati di Malaysia pada harga RM1,099. Pada harga itu, anda dapat tablet dengan storan 64GB dan RAM 4GB. Tablet ini boleh anda beli di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Nokia T20

Nokia T20 adalah sebuah tablet dengan paparan 10.4” beresolusi FHD+. Atas papan utama, ia ada SoC Unisoc T610 RAM 4GB dan storan 64GB. Storan boleh diperluas kalau perlu.

 





Di bahagian belakang, ia ada kamera 8MP manakala kamera selfienya ada sensor 5MP. Untuk melayani kandungan multimedia, ia diberikan speaker sterero.

Memberi tenaga kepada tablet ini adalah bateri berkapasiti 8,200mAh dengan pengecasan 15W.

 



Tiada sebarang maklumat harga Malaysia dikongsikan Nokia setakat ini. Namun, harganya di pasaran luar adalah USD250 (RM1,059). Pada harga dan spesifikasi sebegitu, Realme Pad nampak seperti alternatif yang baik kerana pada RM899, anda dapat tablet hampir sama spesifikasi.

Nokia memang lemah pada bahagian meletak harga. Contohnya, Nokia X20 adalah telefon Snapdragon 480. Dalam pasaran, pada harga RM1,599 anda boleh dapatkan Poco X3 GT yang ada Dimensity 1100 dan sokongan 5G pada harga yang sama.



soya cincau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button