10 kenderaan dirempuh bas Ekspress

Bas Ekspress rempuh 10 kenderaan

 

Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum dilaporkan merempuh hampir 10 kenderaan dalam kejadian di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Perai, di sini, petang tadi.



Insiden kira-kira jam 2 petang itu kemudian tular di platform media sosial termasuk Facebook (FB) yang membuatkan kebanyakan warganet cemas melihat kejadian berkenaan.

Dalam beberapa laporan dikongsikan memaparkan detik sebelum kejadian berlaku menunjukkan bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung hayang.

Tidak lama kemudian, pemandu bas yang masih tidak dikenal pasti identitinya itu didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain yang semuanya dianggarkan 10 kenderaan.

Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.

Berikutan itu, tidak dapat dipastikan jumlah mangsa termasuk mereka yang mengalami kecederaan ekoran insiden berkenaan.



 

 

Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.

“Siasatan kemalangan itu dijalankan pihak polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang,” katanya.



BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button