Anwar bukan pilihan Mahathir walau pernah ‘sekapal’

Anwar Mahathir

 

Anwar Ibrahim tidak pernah menjadi pilihan Mahathir walau mereka pernah bersama ‘sekapal’ dalam Pakatan Harapan.



Mahathir sendiri mengakui Anwar Ibrahim tidak pandai mentadbir negara tetapi hanya digunakan beliau bagi menjatuhkan BN dan Najib.

 

Mahathir - Anwar

 



Meneliti rekod semasa Mahathir memerintah bermula Mei 2018, Anwar dijanjikan jawatan Perdana Menteri selepas Mahathir namun akhirnya tidak kesampaian.

AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN

Walaupun Wan Azizah ketika itu seringkali mengingatkan mengenai perjanjian mengangkat Anwar sebagai PM, Azmin telah bertindak mencabar kewujudan perjanjian tersebut.

Mahathir yang melengah-lengahkan peralihan terselamat bila Azmin melancarkan ‘Sheraton Move’ sekaligus menyebabkan PH tumbang.



 

 

Rekod yang tidak menyebelahi Anwar dipercayai menjadi antara sebab beliau semakin hilang cengkaman dalam Pakatan Harapan.



Ditambah dengan pendedahan mengenai pilihan DAP yang masih mahukan Mahathir menjadi PM, Anwar sebenarnya boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politiknya.

Sejak dari 1998 sehingga hari ini, Anwar masih menggunakan retorik sama untuk menunjukkan beliau masih ‘bertaring’ tetapi semua sedar Anwar sudah semakin dimamah usia dan tidak lagi segagah zaman reformasi.

Mahathir tidak lagi meletakkan harapan kepada Anwar untuk menjadi PM sebaliknya beliau merasakan dirinya masih boleh kembali ke jawatan tersebut.

Fasa berikutnya ialah bagaimana Mahathir mahu membenamkan pengaruh Anwar? 



Mahathir pilihan PH jadi PM bukan Anwar Ibrahim

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button