Mahathir guna kaedah ‘pekak badak’ untuk alih isu

 

Seperti lazim , apabila Mahathir tersepit atau tidak dapat menjawap isu, tiga perkara akan dilakukannya.

Pertama , dia akan berdiam diri dan pura pura buat pekak badak sehingga isu itu berlalu pergi dibawa angin.

Kedua, dia akan perguna balaci untuk menjawap sesuatu isu bagi pihaknya.

Ketiga ,dia akan mencipta isu alihan untuk mengalih isu sebenar kepada isu ‘fake’ yang di reka atau pun “diversion”.

Walaupun ramai yang mengaku penyokong tegar Mahathir , tapi bukan semua penyokong tegar Mahathir tahu kaedah yang Mahathir amalkan ini berpuluh puluh tahun.

Ambil contoh kaedah pertama, yakni berdiam diri , Mahathir akan berdiam diri pada isu kroninya Tan Seri Zeti Akhtar dan suaminya memiliki wang sejumlah RM700 juta didalam akaun sulit di Singapura.

Cuba bayangkan konon kononnya Mahathir berani dan lantang bersuara tiba tiba menjadi pendiam dan bisu sebaik sahaja kroninya terdedah memiliki wang “haram” dari Jho Low.

Mahathir terus jadi bisu dan beri petanda dia bersalah dengan tidak berani suruh PDRM ambil tindakan segera.

Itu kedah pertama Mahathir , kaedah kedua pula, ada lah menyuruh balacinya atau baruanya menjawap bagi pihaknya.




KAEDAH KEDUA ALIH ISU

 



Pada majlis yang baru sahaja berlangsung semalam di forum “World Chinese Economic Forum” dimana Datuk Seri Najib menjadi tetamu VVIP untuk memberi ucaptama , seorang taikun dan kroni rapat Tun Mahathir ia itu Lim Kim Yee telah menyatakan ketidak puas hatinya apabila DSNR di jemput membaca ucaptama persidangan.

Sebagai seorang yang banyak dapat habuan beratus ekar tanah termasuk lombong serta rakan kongsi Mahathir di Palace of The Golden Horses , sudah tentu beliau terpaksa membalas budi Mahathir menggantikan balaci lain seperti Kadir Jassin atau Khairuddin untuk bersuara.

‘BALACI MAHATHIR’?

Balaci ini ada lah juga balaci yang Najib pernah dedahkan bahawa beliau mendapat “waive” dari membayar cukai perniagaan hotelnya ketika Mahathir jadi Perdana Menteri.

Dalam Mahathir pekenakan Najib dengan kiraan cukai yang tidak masuk akal dan tidak dapat dijelaskan cara dikira, kroninya pula mendapat “waive” cukai.

Kita faham , dalam ucaptama DSNR dihadapan wakil negara luar, Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan telah dilondehkan sebagai “hipokrit” dan pembohong.

Dan kenyataan ini langsung tidak boleh dinafikan atas sebab ia penuh pembuktian dan fakta.

Mahathir dan PH telah mencaci dan menghina projek Forest City sebgai menjual kedaulatan negara kepada China , tetapi sebaik sahaja menjadi kerajaan , Mahathir dan PH terus memuji dan mengambil untung dari projek ini.

Sama juga dengan TRX 1MDB dimana , Mahathir dan Lim Guan Enag menjadikan 1MDB isu tetapi apabila merasmikan TRX , LGE terus menyatakan ia bakal menjadi teras pembangunan ekonomi negara dan Mahathir pula duduk minum kopi bersama penerima projek Bandar Malaysia, 1MDB.

Kita faham, apa masalah dengan Mahathir ini.

Mahathir sudah bersusah payah mencipta kes untuk mengenakan Najib, selain mengenakan, Najib mesti di anggap salah dengan kes rekaan dan nama Najib mesti dijahanamkan.

Tapi, sebaliknya, ada pula pihak yang melawan arus pihak luar negara yang Mahathir tidak ada remote untuk kawal seperti yang Mahathir kawal dalam negara , pihak yang memandang tinggi terhadap Najib, sekaligus meranapkan rencana Mahathir.

Maka , kita faham lah iri hati Mahathir berkenaan hal ini dan betapa sakitnya hati Mahathir , hatta, pergunakan taikun yang dibantu menjadi kaya bergnada ganda untuk dan pernah diselamatkan perniagaan nya dengan wang khazanah pada tahun ekonomi merudum sekitar tahn 80han untuk mencemuh Najib.



mynewsonline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button