Selepas Rina kini Saddiq pula buat lawak
Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman dengan aksi lawak cuba memintas populariti Rina Harun.
Jika Rina popular dengan aksi mencuci najis cicak dan unggas, Saddiq pula mempamerkan aksi menyodok lumpur di atas jalanraya.
Sekiranya ahli parlimen Muar itu benar bijak, beliau akan menyewa sebuah jentolak untuk mengalihkan lumpur dan selut dari jalanraya. Bukannya buat lawak dengan menyodok lumpur dengan penyodok dan dipindahkan ke dalam kereta sorong.
Aksi Saddiq memang mendapat perhatian ramai namun hanya mengundang ketawa melihat aksi ala-ala pak pandir.
Rakyat semakin pelik dengan perangai segelintir ahli parlimen yang seolah berlumba mahu tampil dengan perlakuan yang tidak melambangkan kebijaksanaan sebagai wakil rakyat.
Musibah yang melanda rakyat bukan untuk dipolitikkan bagi mengejar keuntungan populariti.
Rakyat memang perlu bantuan tetapi jangan pula ahli parlimen taraf pelawak yang datang membantu untuk menaikkan nama masing-masing.
Cukuplah para politikus melakukan ‘stunt action’ untuk meraih perhatian.
Sekarang adalah masa untuk membantu rakyat berdepan dengan masalah pasca banjir.
Rina Harun paling popular kerana cicak dan unggas