Kluster Broker Bakal Kuasai KTMB?

‘BROKER’ BESAR UNTUK KONTRAK CHINA DALAM KTMB

Belum lagi diselesai tuduhan-tuduhan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang hanya mampu mengeluarkan kenyataan media terhadap Kesatuan Pekerja Rel (RUM), kini satu lagi gerakan sebagai broker besar untuk kontrak-kontrak dari negara China sedang giat dijalankan dalam KTMB.

RUM Jawap KTMB

Setiap tuduhan MOT telah dijawab RUM, namun sehingga hari ini kementerian yang bertanggungjawab tidak mampu menepis apatah lagi untuk meneruskan serangan peluru yang sebenarnya hanyalah peluru plastik.

Pada bulan Mac lalu, RUM telah membuat satu laporan polis dan SPRM untuk menyiasat kebenaran yang diberikan oleh pihak pengurusan kanan KTMB terutamanya Pengerusinya kepada syarikat Destini memegang 70% saham dalam penggabungan KTMB Technics.

Sebelum ini KTMB Technics adalah 100% milik KTMB. Lebih kontroversi, Destini tidak mempunyai rekod dalam mengendalikan projek-projek penyelenggaraan rel keretapi malahan syarikat ini juga tidak langsung ada kepakaran dan tenaga kerja.

Malahan dalam dunia perniagaan, bukan lagi satu rahsia, kedudukan kewangan Destini berada dalam zon merah. Kerjasama ini hanya dilaporkan di media-media tetapi tidak langsung dimuatnaik di mana-mana laman web rasmi KTMB atau MOT.

Destini Pegang 70% Saham

Lokomotif Lama

Kini hanya selepas Destini diberikan 70% pegangan saham, mereka sedang rancak melengkapkan SOP rekod penyelenggaran rel atau MROnya.

Namun seperti pendedahan blog ini (https://captainmgs.blogspot.com/2021/04/syarikat-destini-orang-depan-china.html) , Destini nampaknya lebih berminat untuk membeli syarikat-syarikat lain dan bukan mempersiapkan diri dengan kepakaran kakitangan.

Dengan kedudukan kewangan syarikat yang runcing, di antara strategi ‘broker’ Destini adalah meletakkan salah seorang pengurusan Destini ke dalam Lembaga Pengarah Scomi Berhad seperti yang didedahkan Market Screener (https://www.marketscreener.com/business-leaders/Vun-Chiang-Lam-0FDV76-E/biography/).

Pendedahan Besar

Pendedahan yang lebih luas … https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/04/destini-mro-why-only-shopping-for.html , mendedahkan Destini sedang giat shopping syarikat-syarikat yang sememangnya berlatarbelakangkan perniagaan pengendalian rel keretapi.

Satu pendekatan perniagaan mudah ala-ala ali baba. Kegagalan syarikat kontraktor dari China, CRRC dalam kerja-kerja pemulihan rel dan pembekalan aset dan perkhidmatan, telah sering kali didedahkan oleh pihak RUM… bacalah keluhan mereka di Facebook rasmi (https://www.facebook.com/suararum).

Namun, pelaburan CRRC bukan sedikit. Dari zaman PH, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutannya pun tidak mampu berbuat apa-apa malahan terpaksa meneruskan kontrak CRRC walaupun dalam situasi yang tidak mencapai kualiti perkhidmatan.

Persoalan yang timbul, walaupun CRRC ini ketara kegagalan perkhidmatannya maka Destini kini adalah broker kepada CRRC atau mana-mana ‘direct nego’ dari kontraktor negara China?

Tidak siapa akan mempersoalkan mana-mana syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk mendapat kontrak KTMB, namun apakah dengan segala pendedahan mengenai Destini Bhd, tanpa pengaruh kuasa politik sebagai tangan ghaib, Destini tidak akan mampu menjadi broker dan melakukan perniagaan ali baba di dalam KTMB?

Maka siapakah tangan ghaib dari Perlis dibelakang Destini yang diterajui Datuk Rozabil Abdul Rahman? Siapa ahli politik mesra PN yang pernah dikaitkan dengan Scomi?

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 20 MEI 2020 BANTUAN KHAS RM500 KEPADA KAKITANGAN KTMB SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker