‘Taikun’ Mahathir buat ‘u-turn’
Tan Sri Lee Kim Yew yang mengkritik jemputan oleh WCEF kepada Dato Sri Najib Razak seolah baru tersedar dan kini membuat ‘u-turn’.
Beliau menulis di hantaran facebooknya bagi menjelaskan kekhilafan yang berlaku selepas teruk ‘dibelasah’ netizen.
Kim Yew menyatakan beliau tersalah tafsir mengenai jemputan serta keperluan WCEF menjemput Najib ke pentas bertaraf antarabangsa.
Terjemahan sebahagian tulisan Lee Kim Yew –
“Saya tidak mempunyai niat jahat terhadap sesiapa dan ingin kekal berkawan dengan semua orang, termasuk Dato’ Sri Najib. Saya faham apa yang dia lalui.
Terdapat pepatah Confucius, “Seseorang mengambil warna syarikat sendiri”, yang secara literal diterjemahkan kepada “jika anda terlalu dekat dengan dakwat merah, anda akan menjadi merah, dan jika anda terlalu dekat dengan dakwat hitam, anda akan menjadi hitam. ”. Ini mesti menjadi peringatan yang baik kepada generasi masa depan kita.” – Lee Kim Yew
Membaca komen netizen dalam hantaran facebook Kim Yew, mereka jelas memperlekehkan taikun tersebut.
Bagi netizen, Lee Kim Yew hanya berbuat demikian selepas pendedahan Najib mengenai saham syarikat.
Mungkin Kim Yew terkejut dan tidak menyangka ramai mempersoalkan nilai saham yang dimiliki Mahathir dalam salah sebuah syarikat yang ada kaitan dengan beliau.
Lee Kim Yew sebenarnya boleh sahaja mendedahkan berapa nilai saham milikan Mahathir jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.