Lim Kit Siang tiba-tiba ‘bodoh’

Muhyiddin - Lim Kit Siang

 

Veteran DAP, Lim Kit Siang tiba-tiba jadi ‘bodoh’ bila SPRM mendedahkan penglibatan suami Zeti Akhtar Aziz, Tawfiq Ayman dengan Jho Low.



Pada Nov 2021 – kenyataan SPRM bahawa baki dana sebanyak RM65 juta (daripada jumlah dipercayai hampir RM700 juta) dibayar Jho Low dalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia telah dikembalikan oleh Singapura ke Malaysia.

Mengapa Kit Siang tidak berani menyentuh isu tersebut? Adakah beliau tahu perancangan komplot tersebut lebih awal dan hanya mengikut skrip sahaja dalam mengenakan Najib Razak?

 



 

Sehingga hari ini, bukan sahaja Kit Siang malah Mahathir sendiri turut menjadi ‘bodoh’ dan enggan mengulas isu tersebut.

Pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai penglibatan Tawfiq serta Zeti juga menggemparkan negara.

Mengapa Lim Kit Siang tidak mendesak kerajaan atau Tommy sendiri membuat laporan polis dan mengambil tindakan?



Tommy Thomas merupakan Peguam Negara yang dipilih semasa Pakatan Harapan memerintah dan mereka-PH merestui lantikan tersebut.

 

 



Kejutan pertama yang dilakukan Tommy ialah menggugurkan dakwaan terhadapĀ Lim Guan Eng dalam satu kes Mahkamah.

Beranikah Lim Kit Siang menafikannya? Adakah beliau hanya menjadi pejuang anti-rasuah bila melibatkan pihak lain dan hanya menjadi bodoh bila melibatkan individu yang ada kaitan dengan DAP?

LIM KIT SIANG DESAK RCI

Mengapa Lim Kit Siang enggan lagi menuduh Mahathir sebagaimana tulisan buku beliau dahulu? Adakah Mahathir kini sudah ‘suci’ pada Kit Siang?



Atau Kit Siang menyimpan rahsia untuk dijadikan ‘senjata’ menyerang Mahathir kembali sekiranya DAP diserang lagi?

“National Embarrassment” – Bila Zeti akan diheret ke Mahkamah?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button