`Saya tak pernah minta tinggalkan PSG’

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menegaskan “tidak pernah meminta meninggalkan” kelab dimiliki Qatar itu pada perpindahan Januari walaupun wujud laporan dia sedang mencari jalan keluar secepat mungkin.

“Saya sangat gembira. Saya tidak pernah meminta untuk keluar pada Januari,” katanya selepas PSG menang 1-0 mengatasi Marseille sambil menegaskan dia tidak “terkesan secara langsung atau tidak langsung” dengan khabar angin mengenai masa depannnya yang tersebar minggu ini.

Ini adalah kali pertama bintang Perancis itu bercakap secara umum sejak laporan mengatakan dia mahu meninggalkan kelab ke Sepanyol sebelum aksi menentang Benfica dalam Liga Juara-Juara.



Khabar angin itu kemudian dilaporkan pelbagai media di Perancis.

“Saya tidak faham kenapa cerita itu keluar pada hari perlawanan. Saya juga terkejut sama seperti orang lain,” kata Mbappe.

“Orang boleh memikirkan saya terbabit, tetapi ia langsung tidak.”

Bagaimanapun beberapa sumber mengesahkan mengenai hasrat Mbappe mahu meninggalkan PSG kerana ia datang daripada mereka yang rapat dengan pemain itu.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button