Tukang cuci dicekup rakam aksi wanita pakai seluar

Oleh – Syeikh Baran


Tukang cuci dicekup rakam aksi wanita pakai seluar
Gambar Hiasan

Seorang tukang cuci dicekup gian merakam aksi pelanggan wanita yang menggunakan tandas di sebuah premis menjual biskut di Lorong Hang Jebat, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 27 tahun itu berjaya ditahan selepas seorang mangsa berusia 24 tahun menyedari dirinya dirakam ketika sedang memakai seluar di dalam tandas.



“Pada pukul 4.15 petang mangsa telah ke tandas premis tersebut untuk membuang air dan ketika hendak memakai seluar dia telah nampak sebuah telefon bimbit di lubang dinding tandas sebelah kirinya.

“Mangsa yang terkejut telah ambil paip air dan siram ke arah tangan suspek dan terus keluar dari tandas untuk memberitahu kejadian tersebut kepada rakan lelakinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada pengurus premis dan pemeriksaan telefon bimbit suspek menemukan beberapa klip video wanita sedang menggunakan tandas di tingkat satu bangunan berkenaan.

“Mangsa yang berasa takut terus keluar dari kedai tersebut, namun dia telah masuk semula ke premis untuk membuat aduan kepada pengurus kedai.



“Pengurus kedai telah memanggil pekerja pembersihan tandas iaitu lelaki Indonesia dan pemeriksaan telefon bimbit lelaki tersebut menemui rakaman video pengadu di dalam tandas di premis itu,” jelasnya.

Ujarnya, suspek telah ditangkap selepas mangsa membuat laporan polis dan saringan ujian air kencing dilakukan ke atas lelaki tersebut didapati positif dadah.

Katanya, suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button