Didakwa kerana bawa anak singa bersiar-siar menaiki Bentley

Oleh – Syeikh Baran


Didakwa kerana bawa anak singa bersiar-siar menaiki Bentley
Anak singa yang dibawa menaiki Bentley sekitar Pattaya, Thailand. – Foto AGENSI

Seorang wanita Thailand didakwa memiliki anak singa secara haram, kata polis, selepas video haiwan itu menaiki Bentley menjadi tular dalam talian.

Polis mengarahkan penyiasatan selepas video yang menunjukkan seekor anak singa menaiki kenderaan di sekitar bandar peranginan Pattaya yang riuh-rendah dalam Bentley putih mendapat lebih 2.6 juta tontonan dalam talian.



Sawangjit Kosoognern didakwa melanggar undang-undang alam sekitar dan sumber asli dengan “memiliki hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran”, Biro Siasatan Pusat mengumumkan di halaman Facebook rasminya.

“Kami telah menahannya, menggunakan Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Haiwan Liar 2019,” kata kenyataan polis itu.

Di bawah undang-undang Thailand, dia boleh didenda sehingga 100,000 baht (AS$2,800/RM13,236) dan berdepan hukuman penjara selama setahun.

 

Dia memelihara haiwan itu di sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki Sri Lanka yang dilihat memandu Bentley dalam video itu.



Dia telah dihantar pulang ke Sri Lanka, kata jabatan taman negara dan hidupan liar. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading