Djokovic dilarang memasuki Australia

 

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic tidak dibenarkan masuk ke Australia disebabkan isu membabitkan permohonan visanya.

Serentak itu, Djokovic dimaklumkan, beliau perlu keluar dari Australia secepat mungkin walaupun pasukan peguamnya berkata akan mencabar keputusan berkenaan.

Djokovic tiba di Australia pada Rabu untuk beraksi dalam saingan Terbuka Australia minggu depan.

Pihak berkuasa Australia bagaimanapun mendapati pemain itu berdepan masalah visa.

Djokovic pada asalnya tidak memohon visa kerana dikecualikan daripada peraturan vaksinasi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Melbourne, pemain dari Serbia itu disoal siasat selama beberapa jam di sebuah bilik di lapangan terbang mengenai status permohonan visanya.



Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata, Djokovic dibenarkan berada di Australia dengan syarat boleh memberikan bukti kepatuhan kepada peraturan sebagaimana ditetapkan di negara itu.

Layanan sedemikian rupa ke atas Djokovic mendapat protes dan mengundang marah di negara asalnya, Serbia.

Bapanya, Srdjan Djokovic berkata, anaknya itu tidak menerima layanan yang adil kerana dikawal polis Australia semasa disoal siasat.

Dalam perkembangan berkaitan, Australia menyaksikan ribuan kes COVID-19 sekali pun selepas melaksanakan peraturan sekatan yang ketat.



Lebih 90 peratus rakyatnya sudah divaksin penuh, walaupun masih terdapat ramai di negeri-negeri tertentu belum mendapat perlindungan vaksin COVID-19.

Keadaan itu mendorong larangan rentas negeri atau negara di beberapa tempat di bawah peraturan terkini di Australia.

Di sebalik itu, perhimpunan terbuka seperti sukan dan konsert dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tenis Terbuka Australia bakal bermula 17 Jan ini.



awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button