Tiket Piala Asia lebur, Yasran menangis tonton Malaysia menentang Korea Selatan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Tiket Piala Asia lebur, Yasran menangis tonton Malaysia menentang Korea Selatan

Siapa sangka setelah menghabiskan wang untuk membeli tiket Piala Asia di Qatar, musibah melanda menyebabkan Datuk Yasran tidak dapat menonton di stadium.



Beliau telah berhabis wang semata untuk membeli tiket penerbangan serta tiket untuk menyaksikan perlawanan Malaysia di stadium di Qatar, namun takdir Allah, beliau diuji dengan ‘angin ahmar’.

Dalam perkongsian tersebut, terdengar suara meminta agar Yasran menjaga tekanan darahnya.

Menerusi perkongsian TikTok, Yasran menangis semahunya apabila pasukan Malaysia mendahului pasukan Korea Selatan dalam permainan terakhir peringkat kumpulan.

“Sedih siut … 55 tahun umur aku – mengidamkan tengok malaysia layak secara merit.. Flight tiket dah beli, konon sambil buat Umrah… Tiket bola utk aku dan anak2..: Tahu2 Aku kena Stroke, Perdarahan dkt Otak dan aku tak boleh terbang.. Nabih Allah Sayang Aku, walau stroke aku masih normal sebab perdarahan tidak merosakkan kan Otak .. darah ke Dahi namun saraf mata rosak”



Ternyata bolasepak mengundang pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang bersemangat menyokong pasukan Harimau Malaya di Piala Asia.

Malaysia layak ke Piala Asia selepas 43 tahun menanti detik bersejarah ini. Biarpun seri dengan pasukan yang pernah sampai ke peringkat dunia, pemain Malaysia tetap mencuba sedaya upaya mereka.

 

@datukyasran Sedih siut … 55 tahun umur aku – mengidamkan tengok malaysia layak secara merit.. Flight tiket dah beli, konon sambil buat Umrah… Tiket bola utk aku dan anak2..: Tahu2 Aku kena Stroke, Perdarahan dkt Otak dan aku tak boleh terbang.. Nabih Allah Sayang Aku, walau stroke aku masih normal sebab perdarahan tidak merosakkan kan Otak .. darah ke Dahi namun saraf mata rosak ..#pialaasia2023 #malaysiatiktok🇲🇾 #everyone #malaysia #sehatisejiwa #ultrasmalaya #bangsabola #jiwabola #tranungkite @CorteoCulture @Ultras Malaya 🐯🇲🇾 @areboot @MatDek ♬ original sound – Datuk Yasran




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading