Bintang drama ‘Snowdrop’, Kim Mi Soo mati mengejut
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular, Snowdrop, Kim Mi Soo.
Menerusi laporan media tempatan, Kim Mi Soo meninggal dunia pada usia 31 tahun.
Namun punca kematiannya pada usia yang masih terbilang muda dan secara mengejut ini tidak diketahui.
Munurut pihak agensi Landscape Entertainment, mendiang akan disemadikan di Sungsim Funeral Home.
Ia akan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
“Kami mempunyai khabar yang cukup berat untuk dikongsi. Aktres Kim Mi Soo telah meninggal dunia secara mengejut pada 5 Januari 2022.
“Keluarga dan sahabat terdekat sangat berdukacita mendengar khabar ini.
“Kami memohon agar tidak ada pemberitaan bersifat spekulasi mengenai kematiannya demi menghormati perasaan keluarga yang masih terkejut dengan pemergiannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak agensi.
Untuk rekod, Mi Soo memainkan peranan Yeo Jung Min dalam drama Snowdrop yang merupakan rakan kepada Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink.
Mi Soo debut pada tahun 2018 menerusi penampilannya dalam Lipstik Revolution. Selain itu, dia juga terkenal menerusi drama Hellbound dan Hi, Bye Mama!
Snowdrop pula menjadi projek terakhirnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
awani