Polis siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM

 

Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengikut Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata laporan polis yang dibuat terhadap Azam berhubung kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

 





“Kalau dilihat kesalahan yang dilaporkan, ini berkaitan dengan akta SC. Mereka akan membuat siasatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima maklum berhubung perkembangan siasatan berkenaan.

“Sekiranya ada kesalahan lain yang wujud, pihak polis akan memulakan satu lagi siasatan dan kertas siasatan baru akan dibuka,” katanya selepas menghadiri program membantu mangsa banjir, anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, di sini.

 



Sebelum ini SC memaklumkan akan memanggil Azam bagi mendapatkan penjelasan lanjut, selain mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam serta mengumpulkan bukti.

Terdahulu, tengah hari tadi beberapa Ahli Parlimen PKR membuat laporan polis terhadap Azam susulan pengakuan akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau, bagi membeli kepentingan dalam beberapa syarikat.





Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, turut menuntut supaya Azam direhatkan daripada jawatan sementara siasatan dijalankan.

Pembangkang juga meminta siasatan dilakukan badan bebas seperti Parlimen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Siasatan Diraja.

BHOnline

Mengapa Lim Kit Siang beriya menekan Azam Baki?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button