Mengapa Lim Kit Siang beriya menekan Azam Baki?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Azam Baki telah membuat pengakuan berhubung akaun beliau yang digunakan adiknya.

Sehubungan itu pihak Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada Khamis 6 Januari 2022 dan akan memanggil Azam Baki.

 

 

Naratif berkaitan Azam Baki dimulakan oleh Lim Kit Siang sejak 28 Disember 2021 menerusi tulisan beliau di media sosial miliknya.

 

Kit Siang memulakan serangan sejurus Gomez meletakkan jawatan sebagai Panel Penasihat Pencegahan Rasuah-PPPR kerana mendakwa ada pegawaui tertinggi SPRM terlibat dengan ‘conflict of interest’.

Serangan selama 5 hari terakhir 2021 oleh Kit Siang terhadap Azam Baki menimbulkan persoalan besar. Mengapa veteran DAP itu hanya fokus kepada Azam Baki?

Ada persepsi berlegar mengandaikan serangan tersebut dibuat Kit Siang kerana berang dengan tindakan SPRM terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, Lim Guan Eng sedang berdepan dengan kes di Mahkamah berhubung kes rasuah Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

 

 

Saksi kes tersebut mendedahkan bagaimana LIM GUAN ENG telah meminta 10% dari keuntungan projek yang bernilai jutaan ringgit.

Kit Siang tidak berhenti pada menyerang pada 31 Disember 2021 sebaliknya melanjutkan lagi serangan sehingga 4 Januari 2022. Beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamatkan perkhidmatan Azam Baki pada kadar segera.

Agak jelas serangan Kit Siang mempunyai motif yang meragukan. Mengapa baru sekarang Kit Siang mempersoalkan Azam Baki dan tidak semasa Pakatan Harapan memerintah? 

Bukankah beliau sendiri berbangga dengan kejayaan SPRM ‘mencekup’ pemimpin politik dan mengheret mereka ke Mahkamah selepas PH mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018?

Mengapa sekarang nada Kit Siang berbeza selepas kes Guan Eng mula dibongkarkan di Mahkamah?

Benarkah Lim Kit Siang mahu menggunakan ‘conflict of interest’ Azam Baki dalam isu membabitkan anaknya yang berkemungkinan dihumban ke penjara Sg Buloh?

Serang Azam Baki, mengapa Kit Siang tidak persoal isu Zeti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker