Rangnick lega United atasi Villa

 

Ralf Rangnick mengakui Manchester United jauh daripada sempurna walaupun menang 1-0 mengatasi Aston Villa untuk mara ke pusingan keempat Piala FA.

Scott McTominay menanduk masuk gol tunggal perlawanan selepas hanya lapan minit namun Villa gagal mengggunakan banyak peluang dan kecewa dengan keputusan VAR berkaitan gol penyamaan Danny Ings pada babak kedua.

Pengurus sementara, Rangnick terdesak untuk membalas berikutan keadaan tidak tenteram di kem United selepas persembahan longlai tewas 1-0 di laman sendiri berdepan Wolves sebelum ini.

Satu daripada keputusan perlu diambil pengendali Jerman itu ialah Cristiano Ronaldo tidak cergas untuk bermain.



Bagaimanapun tidak banyak perubahan dilihat dalam aspek persembahan mereka walaupun mara ke pusingan keempat dan akan menanti kehadiran Middlesbrough.

“Untuk mengatakan ia adalah perlawanan sempurna, tiada siapa akan percaya. Sudah tentu ia tidak,” kata Rangnick.

“Ada beberapa perkara yang kami boleh perbaiki, tapi tanpa bolos adalah penting hari ini dan kami bekerjasama. Masih banyak perlu diperbaiki tetapi ia mudah dilakukan dengan kemenangan 1-0 ini.” – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button