Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

 

Pegawai kanan polis yang melanggar pelajar calon SPM di Meru, Ipoh, Perak, akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 atas kesalahan membunuh.

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, suspek akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Isnin (hari ini).

Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh.

Dan seterusnya akan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.

“Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek,” kata kenyataan itu pada Ahad.



Jumaat lalu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Suspek yang memandu kereta Perodua Ativa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos.

Allahyarham merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang pegawai kanan pasukannya berusia 44 tahun berhubung kes kematian berkenaan.



Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki tersebut dijalankan secara telus dan adil.

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak.

Arahan yang sama juga telah diberikan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

 



Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button